Berita

Dua Suspek Kes Curi Telefon Pintar Diburu Polis di Kuching

Polis kini giat memburu dua lelaki selepas disyaki mencuri dua unit telefon bimbit yang dianggarkan bernilai lebih RM7,000 di Pusat Komersil di Matang Jaya, Kucing dekat sini sekitar jam 5.15 petang semalam.

Kedua-dua suspek tersebut telah dikesan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam serta luar premis perniagaan tersebut dan telah melarikan dua unit telefon bimbit iaitu jenis Samsung Galaxy Note 8 dan Samsung Galaxy S8 Plus.

Gambar dari Sarawak Harian

Menurut pekerja kedai tersebut, kedua-dua suspek berpura-pura mahu membeli telefon bimbit sebelum melarikan telefon pintar itu secara tiba-tiba, kemudian memasuki sebuah kereta jenis Viva Elite yang sedang tunggu diluar lalu memecut dari lokasi kejadian.

Sumber: Sarawak Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: