Info-info Menarik

Selalu Makan Sosej Boleh Membawa Kanser – Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kebanyakkan kita menyukai makan makanan segera seperti ini. Kerana ianya mudah dimasak dan senang untuk dihidangkan. Apatah lagi untuk dimakan terus. Ada orang makan sosej ini dijadikan makanan santai di waktu petang atau sarapan pagi untuk pengalas perut. Namun, tahukah anda bahawa kerap memakan sosej boleh membawa kepada kanser?

Dr Zubaidi Hj Ahmad telah menulis satu artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan, di mana katanya kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.

Mari kita baca apa yang ditulis oleh beliau berikut ini:

Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.
Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:
*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet

Delicious — in moderation, folks.

2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas

3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahim.

5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung

Kesimpulannya di sini dapat kita simpulkan bahawa pemakanan segera seperti ini harus kita elakkan dan bermulalah dengan mengambil makanan segar atau bahan mentah yang masih baru untuk dijadikan santapan.

Sumber: Aliffchannel

Leave a Reply

%d bloggers like this: