Di dalam dunia ini, ilmu itu sangat penting dan ianya tidak akan berakhir dan benarlah kata orang, ilmu harus dituntut sehingga tua kerana dapat menjadikan kita sebagai orang berguna dan berbakti kepada negara. Akan tetapi, apa yang menakjubkan seorang lelaki di India ini mempunyai lebih 140 ijazah sehinggakan dia lupa untuk jalan untuk pulang ke rumah. Kenapa ya?

Profesor VN Parthiban, 56 tahun, mengajar di Chennai, India tak pernah terfikir untuk berhenti belajar walaupun dia sudah memiliki beratus ijazah. Segalanya bermula semasa dia mengambil ijazah pertamanya dan ketika itu kehidupan dia tidak teratur sampai pernah jawab peperiksaan yang salah.
Ini menyebabkan ibunya berasa sedih dan dia berjanji dengan dirinya akan menuntut ilmu hingga hembusan nafas yang terakhir.
Selepas habis belajar, Parthiban bekerja di Jabatan Kehakiman tetapi semangat belajar yang membuak-buak membuatkan dia mahu belajar bidang yang bersesuaian dengannya.

Antara pencapaian lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa ini ialah 3 gelaran Sarjana Sains, 8 Sarjana Undang-Undang, 9 Sarjana Pentadbiran Perniagaan, 8 Ijazah Sarjana Pengajian e-Dagang, 10 Ijazah Sarjana Seni dan 12 ijazah lagi dalam pelbagai peringkat penyelidikan.

Namun, dia juga seorang manusia biasa apabila dia memberitahu subjek yang kurang digemarinya ialah Matematik.
Dia juga berkongsi minat belajar dan mengumpul ijazah ini bersama isterinya yang memiliki 9 ijazah dan dua orang anaknya.
Disebabkan dia terlalu banyak belajar, Parthiban sukar untuk mengecam wajah dan selalu lupa jalan untuk pulang yang sentiasa dilaluinya.
Banyak kebaikan yang diperolehi Parthiban dengan minatnya, kami tertanya-tanya apakah tips supaya tidak mengantuk semasa belajar?

 

Sumber: Aliffchannel