Info-info Menarik Tips

Hilangkan Stress Dan Amarah Anda, Lakukan Perkara Ini

Pelbagai aspek yang boleh mencetuskan kemarahan seseorang sama ada semasa bekerja atau dirumah. Jika anda seorang yang tidak sabar dan panas baran kemungkinan boleh menyasarkan sesiapa yang berada dihadapan anda akan dihentam walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecil.Jangan bertindak melulu tanpa usul periksa, sebaliknya alihkan kemarahan anda kepasa sesuatu yang positif. Ada beberapa cara untuk mengendalikan kemarahan itu.

  • Berjalan-jalan

Anda bertegang leher dengan seseorang sehingga menimbulkan kemarahan,jadi adalah lebih baik anda memilih untuk tinggalkan lawan bicara anda itu. Cara ini dapat hilangkan kekusutan anda itu.

  • Menulis

Cara untuk melepaskan geram salah satunya adalah dengan menulis meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

  • Berbual

Ajaklah orang yang anda marah tadi berbincang dengan cara baik bagi meyelesaikan masalah antara anda dengan dia. Mungkin ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

  • Menjerit

Ramai orang menghilangkan rasa marah dengan menjerit. Ini adalah salah satu cara untuk membuatkan fikiran menjadi tenang dan rasa marah tadi akan hilang secara perlahan lahan.

  • Mengira

Cuba anda membuat pengiraan ketika anda sedang merasa marah, mungkin ianya agak melucukan tetapi ianya boleh membantu anda untuk mengalih perhatian dan tidak membosankan.

  • Makan

Makan adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa tertekan dan sekaligus boleh melegakan kemarahan anda. Pastikan anda memakan makanan yang bersesuaian, seperti dagin merah, produk tenusu, makanan laut dan juga kekeacang dan gandum.

Kalau anda seorang yang panas baran dan tidak tahan dengan tekanan, anda boleh  merujuk kepada surah-surah yang bersesuaian yang terdapat dalam Al-quran bagi mengurangkan panas baran anda itu, sebaik-baik usaha berubat itu adalah merujuk kepada doa-doa dan surah dalam Al-quran.

 

Sumber: Aliffchannel

Leave a Reply

%d bloggers like this: