Penggunaan syampu dan pelembut rambut dah tak sesuai untuk anda? Boleh cuba cara ini. Menggunakan air coca-cola untuk membuat rambut anda nampak cantik dan beralun.

Terdapat banyak trend kecantikan yang ‘gila-gila’ di luar sana yang mendakwa cukup hebat untuk kulit dan rambut anda. Dalam usaha untuk memisahkan mitos palsu dari cuba-dan-benar, YouTuber Ellie Kodia menguji mitos kecantikan ini untuk melihat jika ia sebenarnya berfungsi.

Dalam video ini, penonton akan dapat melihat apa yang akan terjadi apabila membilas rambut dengan Coca-Cola yang membuat rambut kelihatan beralun.

Untuk yang mahu mencuba sendiri, apa yang anda perlu lakukan adalah tuangkan minuman ringan di seluruh rambut anda. Jika anda mempunyai rambut pendek, anda hanya perlu satu botol Coca-Cola manakala jika anda mempunyai rambut panjang anda mungkin akan memerlukan dua botol.

Ellie menuangkan soda ke kulit kepala sambil kepala disandar ke atas mangkuk. Setelah selesai, dia menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia ke bilik mandi untuk mencuci rambut. Bagaimanapun, dia TIDAK menggunakan syampu cuma membilas dengan air biasa.

Sebaik sahaja selesai, dia segera menyatakan perbezaan pada rambutnya.

“Ada potensi. Kelihatan lebih ikal daripada biasa, ” katanya selepas mandi.

Akhir sekali, dia mengeringkan rambut untuk melihat keputusan akhir. Tonton video berikut ini.

Ada sesiapa nak ikut tak cara dia ni? Rasa-rasanya? Sila komen dibawah.

Sumber: Aliffchannel