Semua kerja rumah diserahkan kepada si isteri, kadang kala sehingga mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menjaga orang lain. Sebenarnya ia memang tanggungjawab seorang isteri, namun kerjasama antara suami isteri itu sangat penting.

Ada sebilangan suami yang ambil remeh tentang hal ini, bagi mereka wanita mempunyai kelebihan luar biasa dalam menguruskan hal rumahtangga, tanpa menghiraukan penat lelah si isteri. Sebenarnya jika isteri terlalu penat, ianya boleh mendatangkan bahaya kepada diri isteri anda.

Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.

2. Tak peduli

Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.

3. Tidur tak lena

Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.

4. Mudah marah

Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.

5. Hilang keseimbangan

Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.

6. Mengeluh wajah kusam

Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.

7. Tak fokus

Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.

8. Mudah tertidur

Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.

Harusnya anda tahu bagaimana hendak membahagikan masa dalam menguruskan hal rumahtangga. Jangan hanya hendak melepaskan segala tanggungjawab kepada isteri. Tanggungjawab rumah tangga adalah tanggungjawab bersama.

Sumber: Ragamanak