Berita

Seorang Guru Merogol Muridnya Sendiri Kini Direman

Semakin hari semakin parah dengan berita-berita yang kurang menyenangkan. Terkini, seorang guru telah direman tujuh hari sebentar tadi bagi membantu siasatan satu kes rogol membabitkan anak muridnya sendiri di sebuah sekolah menengah di Siburan, Kuching.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman, pagi tadi selepas suspek dicekup di rumahnya di Tapah, sekitar jam 7 petang semalam.
Di dalam laporannya, ibu mangsa mendakwa guru terbabit telah mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks dengan anaknya, pelajar tingkatan dua sekolah itu di dalam kereta sebanyak dua kali.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis di Balai Polis Siburan sekitar jam 5 petang semalam terhadap guru berusia 51 tahun itu.

“Laporan dibuat oleh ibu mangsa, setelah dimaklumkan oleh seorang guru lain berhubung perbuatan lelaki tersebut terhadap anaknya.

“Di dalam laporannya, ibu mangsa mendakwa guru terbabit telah mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks dengan anaknya, pelajar tingkatan dua sekolah itu di dalam kereta sebanyak dua kali di kawasan terpencil di sini.

Kata Dev, sejurus menerima laporan, anggota siasatan jenayah Padawan pantas menjejak suspek, dan dua jam kemudian, berjaya menahannya di rumahnya di Tapah, dekat Serian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol.

 

 

 

Sumber: astroawani

Leave a Reply

%d bloggers like this: