Mengapa cara meningkatkan IQ otak itu penting? Cuba anda bayangkan saja jika kita memiliki iq yang tinggi. Sememangnya bermacam-macam perkara kita boleh lakukan di dunia ini. Oleh kerana kita manusia memerlukan kehendak dan keperluan hidup, kita harus berusaha untuk mengecapi segala impian yang hendak dicapai. Kadang-kadang, semasa kita di dalam keadaan berusaha, akan ada saja masalah yang bakal menimpa bahkan berasa mustahil untuk diselesaikan. Itulah disebut “masalah”.

Bagaimanakah anda mengendalikan masalah supaya kesulitan yang di hadapi dapat hilang? Ya! Semestinya dengan kecerdasan otak anda dan juga melalui pertolongan daipada Allah s.w.t.

Persoalannya disini adalah, setakat manakah tahap kecerdasan (IQ) anda? Mari kita bincangkan beberapa cara yang sudah diuji untuk meningkatkan IQ anda.

  • Sentiasa memulakan aktiviti dengan menentukan arah tujuan atau matlamat.

Banyak orang mempunyai ilmu, tetapi tidak pandai mengunakan ilmu tersebut dengan betul. Hal ini kerana seseorang itu tidak mempunyai tujuan yang tetap. Itu sebabnya anda harus menentukan  hala tuju supaya keadaan menjadi seperti yang anda inginkan (tujuan). Sehinggakan anda boleh mengangar keadaan sekarang, kemudian dan memikirkan bagaimana keadaan sekarang menjadi keadaan yang anda inginkan.

Jika sudah begitu, kan senang. Misalnya anda sekarang mempunyai bisnes yang menguntungkan seperti 5 ribu sebulan. Keadaan yang anda inginkan adalah 10 ribu sebulan. Untung  5 ribu itu, berapakah jumlah yang telah terjual? Dengan cara ini, anda dapat gambaran yang jelas bagaimana anda untuk meningkatkan keuntungan bisnes anda. Kemampuan menganalisis seperti itulah hal yang patut ditingkatkan untuk meningkatkan IQ anda.

  • Sentiasa membaca

Melalui pembacaan, anda akan terdorong untuk mengambarkan teks-teks yang anda baca. Secara automatik otak anda akan memikirkan informasi yang lalu untuk dikaitkan dengan informasi yang sedang anda baca. Ini bermaksud, ia akan memantapkan lagi ideologi dan kefahaman anda tentang bacaan anda itu.

  • Sentiasa mengambil tahu bahawa terdapat ciri-ciri pada sesuatu 

Ketika anda mengatakan “Gajah!” lalu apakah yang terlintas difikiran anda? Ya! Ia seekor binatang yang besar, bewarna kelabu, telinganya besar, hidungnya panjang dan seterusnya. Jika anda katakan “Laksa Sarawak!” jadi apakah yang berada dalam fikiran anda? Ya! Semestinya beberapa ekor udang dengan mee, telur hiris didalam mangkuk, ada tauge, dan cilinya, seterusnya begitu. Kalau anda katakan “bersungguh-sungguh!” maka apakah difikiran anda? Ya! Sekurang-kurangnya anda tidak mudah menyerah kalah kerana halangan-halangan, sanggup mengeluarkan wang, rela keletihan dan seterusnya. Setiap sesuatu itu, mesti ada ciri-cirinya tersendiri. Sebab itulah anda boleh membezakan piring dengan pinggan, handphone dengan remote TV, pasti ada ciri-cirinya tersendiri. Dengan mengetahui ciri-ciri tersebut anda akan lebih senang untuk berfikir.

  • Sentiasa menghitung dan kira-kira

Kemampuan dalam mengira merupakan suatu kemampuan yang jelas dimiliki oleh orang yang mempunyai IQ yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka kadang-kadang tidak susah untuk menyelesaikan masalah dalam tugas-tugas mereka. Kerana mereka mampu memahami dalam aspek ” Diketahui”, “Ditanya”, “Dijawab” dalam hidup mereka.

  • Sentiasa fokus dengan satu perkara dahulu

Smartphone selalunya ada disertakan dengan manual iaitu buku petunjuk. Seperti cara menyimpan sim kad, cara mengecas bateri, tidak boleh di rendam di dalam air, dan lain-lain. Begitu juga benda-benda yang lain ada aturannya yang tertentu. Seperti itu juga otak kita, bukan digunakan untuk “multi-tasking” supaya kita mempunyai daya pemikiran yang optimum. Sebaiknya bagus digunakan untuk kita fokus dengan satu perkara dahulu baru kita memikirkan perkara yang lain.

  • Sentiasa mempunyai tidur yang cukup
Tidur itu ibarat sebuah detox kecil bagi otak anda. Dengan kata lain, didalam tubuh anda, akan terjadi pembaharuan sel-sel dan menghilangkan racun-racun yang timbul pada keesokkan paginya. Tidur yang baik adalah sekitar jam 9 malam sehinggalah tengah malam. Ya, sesuai dengan sunnah Rasulullah.
  • Sentiasa menulis

Menulis adalah aktiviti yang rumit dimana ianya membuatkan anda berfikir sehinggakan IQ pun akan terus meningkat. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, semakin mudah untuk anda menulis. Sebagai contoh, penulisan di twitter, penulisan status di facebook, chatting dan lain-lain. Adalah menjadi lebih baik jika penulisan anda itu adalah rangka untuk penyelesaian sesuatu masalah.

  • Sentiasa beranalogi

Dengan analogi, aktiviti berfikir anda boleh menjadi mudah, cepat dan berkesan. Contohnya, jika seseorang itu kuat mengeluh. Ia ibarat orang yang sedang berjalan yang ada tembok besar dihadapannya, oleh kerana ada tembok, dia berhenti berjalan. Padahal dia ada jalan yang lain untuk mencari jalan lain seperti tiada tembok tersebut, atau hancurkan saja tembok itu, atau meminta tolong orang lain untuk singkirkan tembok tersebut.

  • Sentiasa mempelajari bahasa baru

Kebanyakkan cendikiawan mengatakan bahawa kemampuan seseorang menguasai bahasa berbanding lurus dengan kecerdasan akalnya. Seperti Muhammad Al-Fatih , ketika beliau berumur 16 tahun sudah pun mempelajari dan menguasai 8 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Ibrani, Latin, Yunani dan lain-lain dengan lancar.  Oleh sebab itu, ketika umurnya mencapai 21 tahun dia mampu penaklukan “Konstantinopel” yang merupakan kota termaju didunia saat itu.

  • Sentiasa mengambil makanan yang sihat

Omega-3, Vitamin E, Oksigen dan Anti-Pengoksidaan  adalah keperluan utama bagi otak dan ianya seperti makanan untuk otak. Jika otak tidak makan, bermaksud otak tidak dapat berfungsi secara optimum. Dengan kata lain, cara meningkatkan IQ anda harus diusahakan dengan makan makanan yang sihat dan baik untuk otak anda.

Ada kebaikannya juga jika anda mengamalkan suplemen tambahan seperti ginko biloba dan minyak ikan omega 3.

  • Sentiasa berfikiran positif

Mengalami stress dan cepat panik selalunya menghancurkan neuron otak anda sekaligus menghalang proses produksi neuron tersebut. Jika berterusan begini, bagaimana boleh meningkatkan IQ anda? Sebaliknya anda harus berfikiran positif dan cenderung untuk menyelesaikan masalah seterusnya akan mempercepatkan proses produksi neuron.

  • Sentiasa ingin tahu

Sifat ingin tahu akan membuatkan anda menjadi tertanya-tanya, sehinggakan anda sendiri ingin berfikir untuk mencari jawapannya. Dengan sifat ingin tahu ini anda berpeluang untuk menjumpai perkara yang baru dalam hidup anda. Seperti orang-orang terdahulu dengan penemuan-penemuan yang baru, menunjukkan IQ mereka ditahap yang tinggi.

  • Sentiasa Bersukan

Otak anda akan berterima kasih kepada anda sekiranya anda mempunyai minat bersukan. Hal ini kerana ketika tubuh badan anda bergerak, oksigen akan dipam lebih banyak ke otak dan proses neurogenesis akan menjadi optimum maka terjadilah sel-sel otak yang baru sehingga peningkatan IQ menjadi lebih terbuka luas.

  • Sentiasa berfikiran kreatif

Berfikir secara kreatif bererti anda berfikir diluar kotak. Iaitu berfikiran lain dari yang lain. Sentiasa mencari pembaharuan dengan daya kreaviti sendiri boleh meningkatkan IQ malah mampu mencipta sesuatu yang luar jangkaan. Bukankah kreativiti itu sebagai penanda aras IQ anda? Semestinya!

  • Sentiasa mencuba sesuatu yang baru

Otak anda sangat menggemari sesuatu yang baru. Seperti contoh, anda cuba untuk makan makanan yang belum pernah anda makan, menggunakan jalan yang belum pernah anda cuba, dan lain-lain lagi. Dengan mengetahu informasi baru dan pengalaman baru, neuron anda akan bekerja semakin baik.

  • Sentiasa berkasih sayang

Dengan sikap yang suka berkasih sayang mampu membuatkan otak anda menjadi segar. Hal ini kerana ketenangan jiwa dan perasaan kasih sayang membuatkan otak anda lancar dan seakan-akan tiada masalah yang timbul.

  • Sentiasa bermain Puzzle

Bermain puzzle mempunyai manfaat yang banyak kerana ianya melibatkan aktiviti yang melatih minda anda, daya ingatan yang kuat, ketangkasan berfikir dan kefahaman informasi. Anda sangat beruntung kerana zaman sekarang sangat mudah untuk memperoleh banyak game-game puzzle. Dalam gedung mainan google pun sudah ada banyak game-game yang melibatkan puzzle.

Sudah bersediakah anda untuk menjadi seorang yang ber- IQ tinggi? Kita boleh usaha yang termampu tetapi jangan terlampau memaksa diri kerana ianya mungkin membuatkan anda tertekan.


Sila like page kami dan follow untuk mendapatkan info-info menarik setiap hari di facebook. SHARE ceritamenarik.com untuk berkongsi cerita bersama rakan-rakan anda untuk manfaat bersama.

Like!!!! —> www.facebook.com/ceritamenarikdotcom