Pembangunan kilang-kilang dan perlepasan bahan seperti karbon menjadi titik utama dalam perubahan fenomena Bumi. Beberapa Bandar utama dipersisir pantai Malaysia bakal ditenggelami air laut pada tahun 2100 bukanlah mitos dan kisah dongeng.

Ini berikutan fenomena peningkatan aras laut dibeberapa pesisir pantai Malaysia, hasil kajian antarabangsa, sekiranya Malaysia tidak memenuhi garis panduan Kerangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, peningkatan paras air laut adalah diakibatkan daripada pencairan ais di seluruh dunia akibat daripada perubahan iklim.

Antara garis panduan yang ditetapkan adalah seperti pengurangan pelepasan karbon dan pengasingan sisa buangan perlu ditingkatkan.

Tambahnya lagi, menurut kajian antarabangsa itu, kenaikan paras laut tertinggi dijangka berlaku di pantai Kedah, Kelantan, Sarawak (Miri) dan Sabah (Tawau).

Negara lain yang turut mendapat kesan serupa adalah Bangladesh.

 

Sumber: aliffchannel.com

Bermanfaat dengan artikel kami?
Sila like page kami dan follow untuk mendapatkan cerita-cerita menarik setiap hari di facebook. SHARE ceritamenarik.com untuk berkongsi cerita bersama rakan-rakan anda untuk manfaat bersama.

Like!!!! —> www.facebook.com/ceritamenarikdotcom