Semakin ramai yang kita dengar lelaki ingin menjadi wanita, manakala wanita teringin menjadi lelaki. Mereka sanggup bekerja keras dan sanggup menghabiskan duit yang banyak bagi memuaskan nafsu mereka. Bagi mereka ianya adalah kehendak diri sendiri, mengapa harus pedulikan kata-kata sinis orang sekeliling? Tapi mereka sebenarnya tidak menerima hakikat yang perlu ditempuhi.

Sebahagian dari mereka sememangnya menyedari sejak dari kecil lagi sudah memiliki perwatakkan berlainan jantina. Dan ada pula yang ingin menukar jantina kerana mengikut trend, terpengaruh dengan pergaulan bebas.

Salah satunya adalah lelaki bernama Jaimie Wilson ini. Badan berotot, mata biru dan penampilan yang menarik membuat siapa saja tidak akan pernah menjangkakan dia adalah salah seorang 1,4 juta transgender yang tinggal di Amerika.

Pada tahun 2015 Wilson membuat keputusan untuk mengubah hidupnya dari seorang wanita menjadi lelaki. Keputusan tersebut telah membuatkan ahli keluarganya menjauhkan diri darinya.

. “Awalnya saya takut tampil sebagai transgender kerana saya tidak memberikan ‘tanda-tanda’, seperti yang dikatakan orang,” tulisnya di Instagram.

Setelah dua tahun menjalani perawatan testosteron, operasi dan latihan keras di gym, Wilson yang berusia 21 tahun berubah menjadi seorang lelaki yang cantik dan maskulin. Nampak seperti lelaki maskulin, terus menunjukkan bahagian badan nya yang berotot dan yakin dengan apa dia kecapi selama ini.

Mari kita lihat foto-foto yang menampakkan perbezaan yang ketara dalam beberapa tahun lalu.

Melihat dari foto ini ternyata perubahan dia yang amat ketara seperti lelaki yang maskulin. Selain itu sangat “handsome” dan boleh mengugat lelaki-lelaki lain diluar sana yang tidak ada sosok tubuh yang menawan.

sumber: aliffchannel.com

 

Terhibur dengan cerita kami?
Sila like page kami dan follow untuk mendapatkan cerita-cerita menarik setiap hari di facebook. SHARE ceritamenarik.com untuk berkongsi cerita bersama rakan-rakan anda untuk manfaat bersama.