koleksi cerita

Lawak! Ternyata Pegawai Polis Ini Salah Menahan Orang!

Presiden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini… dia dibawa mengelilingi bandar raya dengan menaiki sebuah kereta
mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata…
“Tuan boleh cakap sahaja apa yang tuan nak dilakukan di bandar raya ini… saya pasti tunaikan..”

“Well”, kata Bush…
“Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar
kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri…
tapi tidak pernah dapat melakukannya.”

“Wah,” kata pemandu..
“Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah..”

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush pun memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.
Tetapi bila sampai di persimpangan pertama… Bush terlupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya… polis turun dari motornya, dan menghampiri
kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush… dan ia segera kembali ke motornya
dan menghubungi pegawai atasannya.

“Tuan..” kata Polis itu
“Saya baru saja menahan seorang pembesar.”

“Apa?” kata atasannya,
“Ketua Polis ke?”

“Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita”

“Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?”

“Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi.”

“Well, siapa yang kamu tahan itu?” tanya pegawai atasan kebingungan.

“Tidak tahu Tuan..” jawab Polis
“Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!”

 

sumber: http://marcosdoisey.blogspot.my

Terhibur dengan cerita kami?
Sila like page kami dan follow untuk mendapatkan cerita-cerita menarik setiap hari di facebook. SHARE ceritamenarik.com untuk berkongsi cerita bersama rakan-rakan anda untuk manfaat bersama!

Leave a Reply

%d bloggers like this: