Berita

Dasyat! Kucing Mengandung Dipercayai Di Rogol Oleh Manusia Kejam

Adakah ini kes pencabulan yang paling ‘gila’ pernah dilaporkan apabila seekor kucing betina sedang bunting yang diberikan nama Putih menjadi mangsa rogol dipercayai dilakukan manusia?

Kejadian yang berlaku di Riau, Indonesia itu menjadi tular di Indonesia apabila gambar dan video seekor kucing berwarna putih dalam keadaan tidak bermaya dan bahagian punggungnya berdarah.

Menerusi laporan media tempatan Indonesia, pemilik kucing tersebut adalah seorang guru di SMP Negeri Tembilahan yang dikenali sebagai Drs Syafril terkejut apabila dihubungi anaknya memaklumkan mengenai keadaan Putih yang cedera dan tidak bermaya.

Menurutnya, keadaan Putih ketika itu lemah dan darah tidak berhenti keluar dari kemaluannya apabila ditemui di rumah mereka pada Isnin lalu.

Si Putih dibawa ke sebuah klinik haiwan di Desa Tembilahan dan pemeriksaan mendapati haiwan kesayangannya itu menjadi mangsa serangan seksual dipercayai dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Foto: Mynewshub.ccKOMUNITI Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana
OlehStaffPublished on July 19, 2017 SHARE TWEET COMMENT

 

Syafril berkata, akibat kejadian itu, kucing betinanya yang sedang bunting itu gugur disebabkan ada sesuatu benda tumpul masuk bahagian kemaluan kucing berkenaan sehingga berlaku pendarahan yang teruk.

Dia turut mendakwa terdapat beberapa kanak-kanak di sekitar kawasan rumahnya melihat seorang lelaki yang dipercayai suspek mencium dan memegang Putih sebelum dibawa ke bahagian belakang rumah.

Foto: Mynewshub.ccKOMUNITI Kucing Bunting Dipercayai Dirogol Manusia Durjana
OlehStaffPublished on July 19, 2017 SHARE TWEET COMMENT

Menurutnya, kanak-kanak tersebut turut melihat suspek menghantar Putih semula ke kawasan rumahnya dalam keadaan tidak bermaya.

Difahamkan, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun, Putih kini dilaporkan semakin pulih namun masih memerlukan penjagaan teliti.

 

Sumber: aliffchannel.com

Leave a Reply

%d bloggers like this: