Ramai ibu bapa tidak begitu faham dan mengambil mudah tentang cara pemakanan yang sihat untuk anak-anak, memang kebanyakkan ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak – anak mereka. Segalanya nampak sempurna, dari kebersihan diri sehingga kepada cara pemakanan.

Namun masih ada ibu bapa yang mengambil remeh perkara ini seperti bukan masalah besar. Ibu bapa yang sambil lewa hal pemakanan apabila membeli makanan tanpa mengira bahawa ianya baik untuk pertumbuhan otak anak atau tidak. Akan tetapi, adakah anda tahu bahawa pemakanan juga adalah salah satu punca mengapa pemikiran anak terbantu?

Menurut Dr Zulfito dalam bukunya yang berjudul “Menu Sihat & Permainan Kreatif”, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan biskut, gula-gula, atau makanan yang kadar gulanya tinggi, perkembangan otak boleh terbantut.

Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak menjadi tidak stabil. Kesannya anak-anak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:

Makanan ringan/makanan segera

makan ringan

Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.

Minuman berkarbonat

bikarbonat 1

Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.

Makanan yang mengandungi kafein

kefen1

Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.

Aditif dan pengawet

Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.

Ibu bapa seharusnya lebih peka akan perkembangan otak anak-anak anda. Penting untuk anda mengamalkan pemakanan sihat untuk keluarga anda. Bukan hanya untuk badan sahaja, malah juga untuk otak anak anda ya.

Sumber: aliffchannel.com