Nak di jadikan cerita, ada 3 sahabat selalu tidak mahu mengalah tentang sesuatu. Kalau hal bermain, sorang-sorang memang tak nak mengalah. Masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing. Pada suatu hari, 3 orang sahabat ini berjalan-jalan dan terjumpa sebuah pokok sesuai untuk berteduh. Sambil melihat pemandangan seorang sahabatnya mengeluarkan kenyataan:
Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow ! Bapak kau keje apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
Sobri yang dari tadinya    mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.
Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?
Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!
Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?
Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua.  Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm ikut dia. Bukan setakat tunduk je. Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.
Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko smpai semua orang ikut dia?
Sobri: Ye lah.. bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.
Kesimpulannya, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa-apa pun kehebatan yang anda miliki, semuanya bersifat sementara dan ingatlah bahawa suatu hari kita akan mati juga. Jadi ingat-ingatlah pada kematian, perbanyakkanlah amalan sebelum berjumpa dengan Yang Maha Esa.
Sumber: gelihati.blogspot.com
Terhibur dengan cerita kami?
Sila like page kami dan follow untuk mendapatkan cerita-cerita menarik setiap hari di facebook.