Info-info Menarik

Ini Antara Sebab Anda Senang Dihinggapi Nyamuk

Anda tentu tidak gemar apabila sering diganggu nyamuk tidak kira di mana anda berada. Malah di antara ramai-ramai orang yang berada di suatu tempat, hanya anda yang kerap diganggu nyamuk. Sebenarnya, ini bukan perkara aneh kerana nyamuk memang memilih mangsanya sendiri. Ada beberapa sebab yang membuat nyamuk memilih anda sebagai mangsa iaitu:

  • Genetik

Secara genetik sesetengah orang sememangnya akan sering diganggu nyamuk. Pada gen-gen tertentu seseorang menjadi sasaran nyamuk.

  • Kandungan Asid Pada Tubuh

Nyamuk lebih tertarik kepada orang yang menghasilkan asid berlebihan pada tubuh. Bahan seperti asid urik dan asid laktik mengeluarkan aroma tertentu dari tubuh yang mengundang nyamuk untuk hinggap dan menghisap darah dari tubuh anda.

  • Tinggi Kadar Kolesterol

Prof. Jerry Buthler dari university Florida mengatakan seseorang dengan konsentrasi kolestrol yang tinggi didalam tubuh menarik perhatian nyamuk.

  • Penghasilan Gas Karbon Dioksida

Orang yang mengeluarkan gas karbon dioksida lebih banyak daripada tubuh adalah sasaran terbaik nyamuk. Golongan ini adalah dikalangan orang dewasa dan wanita hamil.

  • Ketegori Darah

Mereka yang memiliki darah O cenderung digigit nyamuk berbanding ketegori darah yang lain.

Leave a Reply

%d bloggers like this: