Menjelang Syawal, anak-anaklah yang paling seronok. Bukan sahaja bergaya dengan baju baru malah sepanjang bulan mulia ini, anak-anak menjadi “Orang Kaya Baru” hasil kutipan duit raya.

Kepada ibubapa, jangan pula menjeling-jeling duit raya anak. Jangan pernah terfikir untuk mneggunakan duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Sebaliknya bersikap amanah dan membantu anak-anak membiakkan duit raya tersebut. NAk tahu caranya? Disini terdapat beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama:

  • Simpan Duit Dalam Bank

Jangan simpan duit raya anak dirumah sebaliknya mesukkan terus ke dalam akaun bank mereka.  Selain bahaya kerana terdedah kepada kes kecurian atau kehilangan akibat kecuian, ia juga boleh menyebabkan ibubapa ‘terguna’ duit anak-anak.

Sebaik-baiknya simpan duit raya anak dalam akaun ASW, SSPN, atau Tabung Haji yang mempunyai dividen yang tinggi. Sudah pasti wang anak bertambah dari semasa ke semasa.

  • Didik Berjimat Cermat

Lumrah anak-anak memang mahu berbelanja besar dengan duit raya yang diperoleh. Jangan ikutkan kemahuan mereka, semuanya mesti berpada-pada. Beli barang yang anak mahu dengan bajet sederhana, selebihnya simpan dalam bank atau tabung. Didik anak-anak untuk berjimat dan menghargai nilai wang.

  • Bersederhana Apabila Beraya

Tidak perlu berbelanja besar membuat persiapan raya. Cukup sekadar meraikan Syawal secara sederhana. Amalan ini membantu anda mengawal bajet kewangan dan tidak terjebak dengan hutang. Ia juga mengelakkan ibubapa meminjam duit raya anak.

  • Memberi Upah atau Ganjaran

Ajar anak untuk berdikari dari kecil. Beri upah jika mereka membantu anda melakukan kerja-kerja dirumah. Hal ini membantu anak-anak supaya tahu jika mahukan wang, mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.

  • Ajar Anak-anak untuk Berniaga

Anak-anak cepat bosan dengan alat mainan atau games. Ajar mereka untuk menjaga alat mainan dengan elok supaya ia boleh dijual kembali. Tunjuk cara menjual barangan terpakai kepada anak-anak menerusi online seperti di mudah.my. Ia pasti membuka mata anak-anak untuk menambah tabungan mereka.

 

Sumber: Mingguan Wanita