Cerita ni bukan nak tunding jari salah pada sesiapa.. Tapi cukup untuk renungan bersama.. Terutamanya buat pasangan suami isteri..

Situasi nya seorang pakar kaunseling & pasangan suami isteri..

Doktor: Jadi encik apa sebenarnya yg buat hati encik tergerak untuk jumpa kaunseling nak selesai kan hal rumahtangga encik..

Suami: Doktor.. Saya datang ni bukan nak aib kan isteri saya.. bukan nak tunding jari salah pada dia yang tak dapat nak jaga batin saya.. Kalo dah saya minta untuk bersama dia asyik penat je.. baik saya kawen lain.. (nada suara agak tinggi..)

Doktor: Puan.. ada sebarang masalah ke.. Boleh kongsi bersama agar saya boleh beri pendapat.. (langsung tak kedengaran suara si isteri.. Bunyi tangisan pun takda.. Yang kedengaran suara anak kecil menangis & suara kanak2)

Suami: Dia macam tu la doktor.. kita tanya diam je macam org bisu.. Nak selesai masalah apa macam ni.. Buang duit je bayar mahal2 kalo diam.. Baik tak payah usaha nak pulihkan rumahtangga ni.. Kawen lain baru tau.. (suara makin tinggi..)

Doktor: Encik.. Macam ni la.. Saya ada 1 soalan nak tanya.. Umur anak encik semua nya berapa tahun ye..

Suami: Sulung 7tahun.. No 2 6 tahun.. Yg ank no 3 4 tahun.. Baby ni baru je masuk 7 bulan.. Nape doktor..

Doktor: Kalo encik balik kerja.. Rumah bersepah tak.. Anak2 semua belum mandi lagi tak??

Suami: Sepanjang saya dh kawen.. tak pernah langsung balik kerja rumah bersepah.. Anak2 semua kalo saya balik dah tidur.. Biasa la kontraktor macam saya ni banyak appointment dengan client.. Bab makan saya pula memang dah tersedia atas meja.. lauk dgn nasi pun panas lagi..

Doktor: Pernah tak bawa isteri bercuti??

Suami: Tak pernah pun.. ajak keluar jalan2 ada la.. Ye la.. ank banyak ni nak bercuti apa.. sapa nak jga.. Baik dok rumah je..

Doktor: Isteri memang tak bekerja la ye..

Suami: Dulu kerja doktor.. Guru sekolah swasta.. sekarang dok rumah je la.. Jaga ank.. tapi ada buat berniaga online.. Ambik tempahan buat kek & biskut.. Heran nya tiap hari ada je order org datang ambik kt rumah.. Sampai tgh malam pn datang.. takda pulak dia kata penat..

Doktor: Sebulan gaji encik berapa??

Suami: Tak tentu doktor.. Kalo dpt byk sub-contract.. Dapat la untung 2 3k lps byr gaji pekerja..

Doktor: Bil bil semua encik settle kan sediri ke..

Suami: Tak.. isteri yg bayarkan.. Ye laa.. saya mana ada masa..

Doktor: Guna duit encik ke soal bil semua??

Suami: Kadang2 je bayar pakai duit saya.. Sbb isteri ada duit sendiri.. jadi byr rumah, kereta & bil selalu pakai duit dia la..

Doktor: Ada tak encik bayar balik duit isteri cik tu??

Suami: Haii.. nak bayar buat apa doktor.. nama pun suami isteri.. harta sepencarian laa tuu..
.. belum habis lagi suami dia cakap.. kedengaran suara isteri mula bercakap.. Macam ni la doktor.. sesi kaunseling ni kita tamatkan la.. saya tak nak aib rumahtangga saya orang lain dengar memandangkan ramai yg datang klinik hari ni..

Isteri: Abg.. segala kekurangan yg saya tak dapat nak tutup.. segala silap yang saya buat tak mampu nak jaga abg dengan baik saya minta maaf..
Saya tak pernah sakit hati pun pada abg.. Malah bersyukur sangat dengan rezeki yg Allah limpahkan buat keluarga kita..
Kalo abg nak kawen lain.. saya izinkan bang.. dengan syarat abg lepaskan saya.. Rumah.. kereta & harta sepencarian.. abg ambik la semua.. Saya tak minta walau 1 sen pun.. Asalkan semua anak2 ikut saya.. Kita jumpa kat rumah ummi la bang.. Assalamualaikum..

(Dari nada suara akak tu bercakap.. Memang takda getaran suara nada dia sakit hati atau nak nangis.. Lembut je  cara dia bercakap..)

Sunyi je keadaan dalam klinik.. Seorang pun tak bercakap.. Terserempak dgn kakak tu kt luar klinik.. Tuhan je yg tau.. Senyum je dia kt semua org.. Wajah dia mmg cantik.. anak2 semua comel..
Si suami pula nampak tak keruan.. Ada linangan air mata kelihatan..

Apa yang kita lihat disini, mungkin Tuhan nak tunjuk.. Ada lagi wanita & seorang isteri yg tabah.. nak jadi ibu & juga isteri yg penyabar mmg susah.. Nak urusankn semua dengan usaha & kudrat kita sebagai seorang wanita memang payah..

Nak kekalkan kebahagian rumahtangga ini memang payah jika satu pihak sahaja yang berusaha.. Jika ingin memahami hati masing-masing, memang payah kalau asyik fikir kita saja yang betul..
Ketahuilah kaum adam.. Sesungguhnya kaum Hawa ini amat lemah sifatnya.. Oleh itu Tuhan amanahkan kamu untuk jadi pelindung bagi kaum hawa.. Untuk jaga.. Untuk bela nasib kaum hawa..

Selemah lemah para wanita.. Sekali melangkah kaki tanpa air mata.. Takkan ada lagi peluang kedua untuk bersama..

Hargai lah wanita yg bernama isteri.. ibu mahupun ank kita sekalipun..

Sumber: Group wassap

Jangan lupa untuk like dan share setelah baca artikel ini. Tinggalkan komen untuk memberi pandangan.