Info-info Menarik

Langkah-Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Disini ingin nak dikongsikan tips-tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

  • Paling penting adalah sikap.

Rasa malas adalah penyakit no 1 dikalangan pelajar-pelajar.  Mereka lebih suka bermain dan banyak menumpukan perhatian kepada dunia hiburan. “Kebanyakkan” budak-budak zaman sekarang terlalu terdedah dengan media massa. Apatah lagi kini, “smartphone” menjadi idaman bagi setiap individu. Kerana takjub melihat kecanggihan, akan timbul perasaan “sombong” kerana banyak info-info semasa senang di kutip dengan melayari internet dan “google sahaja”.  Namun, dari segi intelektual, maklumat yang banyak dapat di hadam oleh pelajar dengan jaringan-jaringan yang sesuai. “Rasa malas” tadi kita ubah menjadi rajin mencari ilmu kerana kita memerlukannya kelak. Hendak di fahamkan kepada pelajar-pelajar yang ingin cemerlang dalam kehidupannya, hendaklah berfikiran jauh dan tahu kenapa kita harus belajar? Padahal, kehendak kita lebih kepada permainan games dan menonton televisyen. Dalam minda seseorang pelajar cemerlang “harus” ada “mesti ada sebab kenapa aku harus belajar”.

  • Penjadualan.

Pelajar yang selalu mengikut jadual adalah bagus. Jadual bertugas, Jadual masa belajar, Jadual harian. Ini dapat mempraktikkan kekemasan cara kerja dan perkara ini harus ada di setiap diri kita untuk membolehkan kehidupan untuk masa depan lebih cerah. Hal ini sangat penting jika tidak di ikut, ianya menjadi “pemberontak” kepada masyarakat.

  • Disiplin Diri.

Mengenakan pakaian yang kemas, kelihatan bersih adalah satu titik kekuatan dalam diri sendiri untuk kelihatan lebih maju dari rakan yang lain.

  • Motivasi Diri.

Wahai pelajar-pelajar sekalian, cerminkan diri anda. Lihat muka kita, hensem tak? Cantik tak? Ini adalah untuk mempraktikkan keyakinan diri sendiri. Dalam mengilapkan lagi potensi diri anda sebagai pelajar. Dan seharusnya mesti diketahui bahawa dari pelajar kita akan meningkat dewasa memang akan menjadi seorang PEMIMPIN! SEMUA! TIADA YANG KECUALI. Kerana kita memang akan bekeluarga. Sebagai Lelaki, adalah menjadi Pemimpin kepada keluarga. Sebagai perempuan, adalah menjadi pemimpin kepada anak-anak seterusnya.

  • Rendah diri.

Jangan sombong dengan ilmu yang ada di dada. Jangan mudah mengatakan bahawa kita yang terpandai. Jangan pernah mengatakan kita adalah hebat. Kerana kita hanyalah hamba Allah S.W.T dan seharusnya bagi yang muslim, menjadi ibadah jika kita belajar kerana Allah S.W.T. “Siapakah yang memegang ubun-ubun kita?” Semestilah Allah S.W.T yang Maha Mengetahui akan Ilmu-Ilmu yang harus di sebarkan kepada setiap manusia. Sedang kita tidak sedar bahawa Dia-lah mengajarkan kita sebenar-benarnya. Namun kita terlalu lalai akan hiburan di dunia. MAKA, hendaklah kita selalu mensyukuri nikmat ilmu yang diberikan kepada manusia. Jangan sampai kita dijadikan seperti “binatang” kerana nikmat ilmu ini sangat berharga jika kamu mengetahuinya.

Sekian dulu penulisan untuk tips.. menjadi pelajar bijak pandai, dan berhemah bertutur kata, jangan terpengaruh dengan “dunia luar” yang penuh dengan tipu daya dan fitnah. Semoga tips ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T yang silap itu datangnya dari saya sendiri.

penulis: Adenan Alimin

Leave a Reply

%d bloggers like this: