Hubungan

Janji Setia Suami Isteri Yang Membuatkan Anda Terharu

“Benar kata orang cinta itu buta, dan bukan semua wanita yang sanggup menerima suaminya sekiranya hidup susah,
dan masih ada wanita yang sanggup menerima keadaan suaminya walaupun hidup menjadi gelandangan.”

Kasih seorang isteri yang setia bersama suami walaupun hidup susah menjadi gelandangan di ibu kota mendapat perhatian media.

Menurut laporan astroawani.com wanita yang mempunyai dua orang anak ini sanggup bersama-sama suami.
“Walau seteruk mana kesusahan, walau semiskin dan sehina mana  pun suami saya, selagi dia adalah suami saya,
saya sanggup tempuhi demi janji saya.

“Biarpun perit buruk untuk diterima namun saya yakin mungkin belum sampai saat waktunya untuk kami menikmati sedikit
rasa bahagia dan senang,” ujar Liza (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Menurut Liza seorang
gelandangan di ibu kota, janji cinta setia itu dilafazkannya ketika menerima lamaran suaminya Husin (bukan nama sebenar) 8 tahun lalu.

Pasangan yang telah menjadikan kaki lima sebagai sebahagian potret hidup sejak 2 tahun lalu dikurniakan dua orang cahaya mata.

Puteri sulung mereka yang sentiasa girang ketika ditanya sebarang soalan kini berusia 6 tahun manakala putera mereka baru berusia setahun 7 bulan.

Penulis sempat menanyakan soalan kepada “si peramah” kecil molek yang ketika itu sedang menulis sesuatu di atas serpihan kotak lusuh yang ditinggalkan gelandangan.

“Adik lukis apa?” “Cikgu suruh lukis rumah, esok cikgu nak tengok,” jawab Intan
(bukan nama sebenar) dengan girang tanpa menoleh
sedikit pun kerana asyik dengan kreativitinya.

Jauh di sudut hati, tahukah anak kecil ini bagaimana suasana sekolah sebenarnya
sedangkan menurut ibubapanya hanya kanak-kanak kaki lima menjadi rakan penghibur si kecil itu lebih 2 tahun lalu.
Pernah satu ketika
kami benar-benar tidak mempunyai wang untuk membayar sewa bilik. “Di kaki lima inilah saya membawa isteri dan anak-anak tidur”, ujar Husin yang sedikit sayu.
Perkara pertama saya buat adalah ketika mencelikkan mata selepas tidur dan pada  ketika itulah ruang masa untuk melihat isteri dan anak-anak saya.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya masih dengan janjinya itu dan anak-anak saya sedikit pun tidak menangis kerana
ketidakselasaan beratapkan langit malam itu,” ujarnya lagi.

Sumber:  http://sehinggit.blogspot.my

Leave a Reply

%d bloggers like this: