Tips

Tips: Agar Telefon Pintar Tidak Meletup Ketika Dalam Penerbangan

Telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 belum lama dikeluarkan telah dilarang untuk dibawa oleh penumpang ke dalam kapal terbang agar kejadian letupan tidak berulang lagi.

Bateri terlalu panas adalah penyebab dari masalah yang sebenarnya boleh dicegah.

Pakar bateri Dr Donald R Sadoway, Profesor Bahan Kimia John F Elliott di Massachusetts Institute of Technology, memberi cadangan bagaimana agar bateri tidak panas dan meletup.

tepon

“Pertama, jika telefon sedang dicas, cabut segera, selama itu selamat untuk berbuat demikian. Kedua, anda boleh cuba menyelimuti telefon dengan kain anti terbakar, ” pesannya seperti dikutip dari laman Travelandleisure.

Dr Sadoway menambah, bateri sendiri sudah mengandungi semua bahan yang menjadi petrol untuk pembakaran, seperti oksigen. Bererti, menutupi telefon dengan bateri panas dengan kain anti bakar adalah seperti mengelakkan api dari oksigen.

“Pada dasarnya, pemanasan atau overheating boleh dihentikan. Tapi pemanasan peringkat akhir sudah berpotensi tinggi mencetuskan letupan,” tuturnya.

Idea terbaik ketika telefon bimbit anda tiba-tiba alami pemanasan berlebihan adalah menjauhi dari peranti tersebut dan mencari bantuan.

sumber: aliffchannel.com

Leave a Reply

%d bloggers like this: