Uncategorized

Tips: Cara Membuatkan Isteri Anda Rasa Bahagia

Perkahwinan yang telah lama terjalin tidak menutup kemungkinan pasangan akan rasa kebosanan. Oleh itu, setiap hari cinta harus selalu dihidupkan. Tidak kira berapa lama hubungan itu terjalin perasaan cinta harus dipupuk di setiap hari.

Untuk menjaga kualiti hubungan ini, kelakuan suami terhadap isteri perlulah sentiasa istimewa tidak kira masa dan tempatnya. Berikut adalah perkara yang harus dilakukan oleh suami terhadap isteri setiap hari, diolah¬†dari “All Womens Talk”.

1. Mencium selama 15 saat

Bukan rahsia lagi, ciuman adalah suatu mekanisme untuk meluahkan rasa cinta kepada seseorang. Dengan memberikan ciuman kepada isteri setiap hari, ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan menguatkan rasa kasih sayang di dalam alam perkahwinan.

2. Beribadah bersama-sama

Meluangkan waktu untuk bersolat jemaah bersama isteri boleh membuatkan rumahtangga berasa tenteram dan damai. Berdoa bersama-sama boleh meningkatkan kedamaian rohani bersama pasangan jesteru mengambil jalan yang lurus untuk kebahagiaan rumahtangga. Hal ini dapat mengukuhkan jiwa dan meningkatkan aura yang baik bersama pasangan.

3. Bermain bersama anak-anak

Berkumpul bersama keluarga sambil bermain dengan anak-anak boleh menghilangkan stress dan merapatkan lagi silaturahim antara anak-anak kepada ibubapa. Cara ini akan membuatkan isteri berasa kagum betapa besarnya nilai cinta suami pada keluarga. Selain itu, interaksi bersama anak-anak boleh meningkatkan tahap kecerdasan otak berfikir secara neutral.

4. Mendedahkan cinta

Ketika bekerja, anda berasingan berjam-jam dengan isteri. Pastikan selalu memeriksa keadaan isteri supaya isteri di dalam keadaan baik-baik saja. Ketika di pejabat, kerapkan  menghantar pesanan mesej atau menelefon untuk menyatakan rasa rindu.

sumber: aliffchannel.com

olahan semula: Adenan Alimin

Leave a Reply

%d bloggers like this: