Cari...

Gaya Hidup Hubungan

10 Sifat Lelaki Yang Baik Untuk Dijadikan Calon Suami

Kongsi

Ingat! Jangan salah pilih suami, nanti diri sendiri yang merana kerana kita berkahwin ini adalah perjanjian antara kamu dan si dia. Berikrar supaya dia akan menjaga kamu sebaik yang mungkin.

Jika anda seorang wanita, carilah calon suami yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang suami yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Jangan pula kamu terlalu mencari yang sangat sempurna sehingga tidak berjumpa jodoh. Kamu hendaklah melihat juga sifat diri kamu supaya semuanya dapat bertolak ansur. Barulah rumahtangga akan berkekalan. Jangan jadi seperti wanita ini.

Baca juga  Hilangkan Lemak Degil Pada Perut Dengan Berkesan
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *