Cari...

Gaya Hidup Hubungan

10 Jenis Wanita Yang Perlu Dijauhi Oleh Lelaki

Kongsi

Setiap lelaki mempunyai keteria-keterianya tersendiri dalam menyukai seseorang wanita itu. Wanita yang disukai haruslah memenuhi setiap kehendak yang di impikan olehnya. Ia merupakan kualiti penilaian lelaki itu sendiri. Walaupun kualiti ini boleh jadi sesuatu yang baik untuk dirinya, namun ia menjadi satu kesilapan jika mempunyai kualiti tersebut tidak rasional.

Jika dilihat disini, memang lelaki mempunyai target tertentu dalam memilih pasangannya. Namun, lelaki mesti ketahui jenis-jenis wanita yang tidak patut untuk di dekati. Jauhilah wanita yang mempunyai 10 sifat dibawah petikan dari laman bukanaku.com.

1. Wanita yang membenci lelaki

Foto: thetelegraph.com

Wanita ini membenci hampir semua lelaki di dunia ini semata-mata kerana seorang lelaki telah melukainya pada masa silamnya. Maka, wanita ini mengambil pandangan sinis secara umum terhadap setiap lelaki hanya disebabkan oleh seorang lelaki yang telah melukai hatinya.

Mungkin selamanya dia akan membenci lelaki. Maksudnya, jika ada lelaki menyukai wanita seperti ini, maka sukar untuk lelaki itu mendapatkan kepercayaan darinya.

2. Wanita yang pentingkan diri sendiri

Foto: freepik.com

Jika menemui seorang wanita yang sikapnya terlalu mementingkan dirinya, maka ia bukanlah idea yang baik untuk mencipta hubungan dengan seseorang yang terlalu egois. Wanita yang pentingkan diri sukar untuk menerima teguran dan susah untuk bekerjasama.

Di dalam perhubungan, kerjasama dan saling memahami sangat penting demi menjaga hubungan dengan baik. Maka, jauhilah wanita yang sangat mementingkan diri demi kebaikkan anda.

3. Wanita pisau cukur, menyukai kebendaan

Foto: kennonfinancial.com

Mungkin anda akan banyak mengeluarkan duit dari akaun bank anda untuk membuatnya bahagia. Kadang-kadang, usaha ini masih tidak mencukupi baginya. Malah, dia lebih berminat dengan hadiah material yang boleh anda beri kepadanya daripada cinta anda.

Baca juga  Wanita Gila Game Untuk Dijadikan Isteri?

Hal ini tidak akan sesekali membahagiakan ada. Sejujurnya, dia mungkin hanya inginkan kemewahan dan kekayaan semata-mata. Anda bukanlah penting baginya.

4. Wanita yang suka menggoda lelaki lain

Foto: tahupedia.com

Memang ada jenis wanita yang suka menggoda di dalam dunia ini. Maka, berhati-hatilah dalam memilih pasangan anda. Mungkin sukar untuk mengesan wanita ini kerana semua lelaki senang digoda. Kerana kelemahan utama lelaki merupakan wanita.

Jika anda mempunyai hubungan dengan wanita yang baik, dia hanya perlu mempunyai mata dan hati untuk anda dan anda sahaja. Dia tidak akan berbual dengan lelaki lain dan membuat perkara yang tidak sepatutnya.

5. Wanita yang suka pergi ke pesta setiap hujung minggu.

Foto: caraandapropaganda.com.br

Sifat wanita yang suka berpesta di hujung minggu tidak harus didekati. Mereka sukakan hiburan dan suka bersosial. Tidak mustahil wanita ini mempunyai ramai teman lelaki. Ada juga yang mengganggap wanita seperti ini murahan kerana berpesta dengan kebanyakkan lelaki menjadi sebahagian dari hidupnya.

6. Wanita yang menganggap dia berhak ke atas segala-galanya

Foto: bukanaku.com

Bertolak ansur merupakan perkara paling penting dalam menjaga hubungan supaya berkekalan. Jangan sekali-kali menemui seorang wanita yang berfikir bahawa dunia ini berhutang untuk kewujudannya. Wanita ini seolah-olah dia berhak menentukan setiap perkara. Maka sikap tolak ansur tidak wujud sekiranya berpasangan dengan wanita ini.

Anda hanya mengundang masalah dan tekanan yang tidak perlu apabila anda berbuat demikian. Ia akan menjadi seperti menjaga anak kecil yang akan membuat perangan jika anda enggan membelinya sesuatu dari kedai mainan.

7. Wanita yang sentiasa inginkan perhatian

Foto: girlsaskguys.com

Wanita yang selalu inginkan perhatian merupakan seorang yang kurang matang dalam perhubungan. Wanita ini belum sedia untuk menghadapi sebarang ujian dalam hidup. Tidak semestinya lelaki perlu menumpukan perhatian penuh semata-mata untuk menjaga hatinya.

Baca juga  Makan Peria Terlalu Banyak Boleh Botakkan Kepala Anda?

Maka, wanita yang berdikari adalah sesuatu yang penting masa kini. Anda tidak mahu bersama seorang gadis yang selalu bergantung pada perhatian dan masa anda. Anda perlukan hidup anda sendiri di luar perhubungan itu juga. Kadang-kala masa itu perlu untuk diluang untuk kerjaya anda demi masa depan.

8. Wanita yang tidak keberatan untuk bergosip.

Foto: www.shrm.org

Ramai wanita yang suka bergossip, juga lebih dikenali sebagai makcik bawang. Jangan sesekali menjalinkan hubungan dengan wanita yang sukakan gosip. Kadang-kadang anda tidak pernah tahu apa yang akan dia katakan tentang anda di belakang anda.

9. Wanita yang tidak boleh melakukan apa-apa.

Foto: blogkira.com

Wanita jenis ini merupakan seorang anak manja yang selalunya setiap perkara dilakukan oleh orang lain. Wanita ini sukar untuk berdikari kerana sudah terbiasa dengan kehidupan yang jarang melakukan sebarang pekerjaan. Wanita ini selalu bergantung harap kepada orang lain dalam menguruskan hidupnya.

Komitmen adalah aspek yang sangat penting untuk setiap hubungan jangka panjang. Sekiranya anda mendapati bahawa dia mengalami masalah untuk melakukan perkara-perkara kecil, kemungkinan besar dia tidak akan melakukan apa-apa kepada anda. Anda lebih baik keluar dari hubungan itu seawal yang mungkin.

10. Wanita yang tidak mengetahui maksud menghormati.

Foto: global-news.co.id

Sikap menghormati sangat penting jika anda ingin memulakan sebuah kehidupan berkeluarga. Si isteri harus taat dan hormat kepada suami. Malah juga perlu menghormati orang tua di sekelilingnya. Jika wanita itu tiada rasa hormat kepada anda, tidak mustahil wanita itu akan memarahi atau bergaduh dengan orang tua anda.

Sekiranya dia tidak dapat menguruskan dirinya dengan cara yang hormat dan dihormati, maka anda akan membuang masa anda dengan menjalinkan hubungan dengan si dia. Hal ini kerana kita dapat meramal apa yang bakal berlaku jika menjadikan wanita ini sebagai isteri. Tentu tidak kekal lama, bukan?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *