Connect with us

10 Cara Kesinambungan Hidup Di Dalam Hutan

Tips Menarik

10 Cara Kesinambungan Hidup Di Dalam Hutan

Kesinambungan hidup merupakan perkara yang paling penting dalam meneruskan hidup ketika kita berada di dalam situasi yang tidak dijangka. Kita selalunya memandang remeh tentang taktik untuk terus hidup di dalam hutan kerana kita menjangkakan perkara itu tidak akan terjadi kepada kita.

Cuba anda bayangkan jika anda tidak ada pengetahuan tentang ini, dan tiba-tiba anda terkandas di dalam hutan yang tebal. Sudah pasti sukar untuk meneruskan hidup, dan kadar peratusan untuk balik dengan selamat adalah tipis.

Jadi, sebelum perkara itu terjadi, baik kita sediakan payung sebelum hujan. Mari kita ketahui lebih lanjut cara-cara untuk terus kekal hidup di dalam hutan sementara penyelamat datang.

1. Cipta alat untuk bertukang.

Foto: brightside

Untuk mencipta penukul, pilih dahan pokok bersaiz sederhana dan bahagikan bahagian atas kepada tiga pecahan. Kemudian, ambil sebiji batu yang leper dan letakkan di antara celahan dahan tadi.

Ikatkan dengan tali atau ranting kayu lembut bagi mengukuhkan penukul anda. Alat ini boleh digunakan untuk pertahanan, membina pondok atau untuk menebang dahan sekiranya batu tersebut diasah.

2. Batang pancing

Foto: brightside

Ikan adalah sumber makanan yang paling mudah didapati sekiranya anda berada dalam situasi yang sukar. Untuk menangkap ikan, anda memerlukan joran yang dibuat sendiri.

Caranya mudah, cari sebatang pokok berdekatan sungai. Pasangkan perangkap yang mengandungi dua batang kayu yang bersangkutan antara satu sama lain. Ikatkan perangkap tersebut pada dahan pokok dan sambungkan umpan pada tali hujung.

Apabila ikan termakan umpan, perangkap ini akan menarik ikan keluar dari permukaan air secara automatik.

3. Cara mengumpan cacing.

Foto: brightside

Sebelum menangkap ikan, anda perlu mencari umpan dan ada satu helah yang digunakan oleh para nelayan sejak dahulu lagi.

Baca juga  5 Cara Yang Berkesan Untuk Hapuskan Anai-anai Di Rumah

Cari tanah lembap dan dua batang dahan pokok yang telah mati atau reput. Tanamkan satu dahan ke dalam tanah dan dengan pergerakan seperti menggergaji, gosokkan dahan kedua ke arah kiri dan ke kanan.

Dalam tempoh dua ke tiga minit, cacing akan mula bergerak ke permukaan tanah. Hal ini demikian kerana cacing menganggap bunyi daripada gesekan kayu tersebut adalah berpunca daripada tikus mondok.

4. Membuat tombak

Foto: brightside

Jika anda tiada alat untuk menangkap ikan, anda boleh membuat tombak. Cari batang kayu yang panjang dan keras. Belahkan bahagian hujungnya kepada empat bahagian. Tajamkan setiap bahagian dengan menggunakan pisau atau batu dan ikat dengan tali.

5. Cara membersihkan ikan dengan betul.

Foto: brightside

Basuh ikan dengan bersih dan buangkan siripnya. Setelah itu, masukkan hujung pisau dan potongkan daripada bahagian ekor hingga ke kepala. Pastikan anda tidak memasukkan pisau terlalu dalam kerana ia akan menghancurkan isi ikan.

Kemudian, belahkan antara bahagian tulang dan sirip hadapan. Dengan memegang mulut ikan, tarik sirip hadapan ke belakang. Kini, apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan isi perut ikan dan membuang ekornya.

6. Cara mengenali jenis haiwan berdasarkan kesan tapak kakinya.

Foto: brightside

Jika anda ke hutan untuk memburu, penting untuk anda mengetahui ilmu ini sebagai pertahanan daripada haiwan pemangsa.

7. Lubang api Dakota

Foto: brightside

Lubang api Dakota merupakan api bawah tanah yang telah menyelamatkan ramai manusia sejak dahulu kala. Apa yang diperlukan adalah kayu api dan fungsi lubang ini adalah untuk melindunginya daripada cuaca buruk sekali gus memberikan api yang maksimum tanpa sebarang gangguan angin dan sebagainya.

Baca juga  Lelaki Ini Mampu Membina Sebuah Hutan Nusantara

Anda hanya perlu menggali lubang sedalam empat ke lima inci dan nyalakan kayu api anda. Kemudian, gali lubang kedua secara menyenget bagi membekalkan oksigen untuk menyalakan api.

8. Bagaimana untuk membina tempat perlindungan yang selamat di waktu malam.

Foto: brightside

Cari sebatang dahan pokok yang besar dan dua batang dahan kayu kecil berbentuk Y. Pastikan anda boleh memuatkan diri anda di dalam pondok tersebut.

Kemudian, alaskan tanah dengan daun-daun kering, ranting kayu atau rumput bagi memastikan anda kekal panas di waktu malam.

Letakkan beberapa lagi dahan kayu di bahagian tepi bagi menyokong pondok anda. Akhir sekali, tutupkan dengan helaian daun tebal bersama lapisan ranting kecil. Dengan cara ini, anda boleh menjadikannya sebagai tempat tidur yang selamat dan panas.

9. Cara menjahit luka

Foto: brightside

Jika anda mengalami luka yang agak dalam, pastikan anda menggunakan benang khas dan jarum bengkok yang boleh didapati daripada peti kecemasan. Terdapat pelbagai jenis jahitan untuk menutup luka. Tetapi, cara yang ditunjukkan di dalam gambar merupakan salah satu cara jahitan yang mudah dan mencukupi untuk merawat luka.

10. Cara untuk membetulkan bahu yang terseliuh.

Foto: brightside

Untuk merawat individu lain: Baringkan pesakit di atas tanah dan letakkan kaki anda pada bahagian ketiak pesakit. Pegang pinggang pesakit dengan kuat dan tarik badannya sambil kaki anda menolak ketiak. Teruskan sehingga anda mendengar bunyi ‘klik’. Lakukan secara perlahan-lahan.

Untuk merawat diri sendiri: Baring di atas permukaan yang lebih tinggi misalnya di atas batang pokok. Ikatkan sesuatu seberat 4 kg hingga 9 kg pada tangan yang cedera. Pastikan anda berada dalam posisi ini selama 15 ke 20 minit dan bahu yang terkehel pasti akan kembali ke kedudukan asal.

Baca juga  5 Cara Yang Berkesan Untuk Hapuskan Anai-anai Di Rumah

Semoga tip-tips ini bermanfaat untuk anda semua. Alangkah bagusnya jika anda mengkonsinya kepada rakan-rakan anda yang lain.

Sumber: BrightSide

Baca Selanjutnya
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Tips Menarik

Ke Atas
loading...
loading...